Dilea Open Tuisyen Rakyat Sains Tingkatan 1
30 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 29 Januari 2026, telah diadakan Dilea Open Tuisyen Rakyat Sains Tingkatan 1 bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3:30 petang hingga 4:30 petang.
Dilea Open Tuisyen Rakyat ini dijalankan secara atas talian dan terbuka kepada semua pelajar tingkatan 1 hingga Tingkatan 6. Dalam sesi ini, pelajar akan belajar secara live atas talian bersama guru sains. Pelajar dibekalkan nota sains yang boleh diakses melalui portal Dilea. Selain itu, terdapat juga komunikasi 2 hala antara pelajar dan juga guru sains. Di samping itu, terdapat juga sesi interaktif permainan atas talian yang menguji tahap kefahaman peserta terhadap topik matapelajaran sains. Setelah tamat sesi pembelajaran, peserta perlu menanda kehadiran melalui portal Dilea.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: